AM

Aktifkan Rukun Tetangga, Rela demi keselamatan komuniti setempat

17/09/2022 03:41 PM

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pengaktifan semula Rukun Tetangga (RT) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di kawasan perumahan penting dalam memastikan kebajikan serta keselamatan penduduk terjamin.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pengaktifan semula RT dan Rela memerlukan penglibatkan komuniti setempat.

"Semua komuniti perlu terlibat, hidupkan semula RT dan Rela. Kita mahu komuniti ini lebih aktif dalam membantu menangani kejadian yang tidak diingini seperti kes kecurian di Putrajaya yang berlaku hampir setiap hari," katanya kepada pemberita selepas Program Keluarga Malaysia Cuci @ Kuala Lumpur sempena World Cleaning Day di Bandar Baru Seri Petaling, hari ini.

Pada masa sama, Shahidan berkata kementeriannya bercadang memasang pagar dan menambah kamera litar tertutup (CCTV) dalam kawasan kejiranan di Putrajaya bagi membendung kejadian curi serta pecah masuk kediaman di kawasan itu.

Pada 14 Sept lepas, sepasang suami isteri diikat selepas rumah mereka di Presint 11, Putrajaya dipecah masuk dan disamun tiga lelaki warga Indonesia yang bersenjata sehingga mengakibatkan kerugian RM41,000.

Kini, polis sedang menggiatkan usaha mengesan tiga suspek terbabit termasuk melaksanakan Op Tutup. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan