IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Polis menahan seorang daripada tiga suspek yang dipercayai memukul seorang lelaki warga Myanmar di sebuah kedai makan dekat Bandar Baru Menglembu di sini semalam yang tular dalam media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam dan menahan seorang daripada suspek di sekitar Ipoh hari ini.
“Pihak kami melakukan siasatan ke rumah suspek dan mendapati suspek tiada di rumah. Sehingga kini polis sedang mengesan dua lagi suspek.
“Motif kejadian disyaki mangsa yang berusia 44 tahun mengganggu tiga suspek berumur 20-an yang sedang makan atau minum di sebuah kedai makan lalu memprovokasi sehingga menimbulkan kemarahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Yahaya, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kepala dan tangan akibat dipukul oleh suspek menggunakan kayu dan kerusi.
“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial