KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Duopharma Biotech Bhd dan kerajaan telah memeterai perjanjian untuk mendapatkan ubat insulin melalui rundingan terus dengan harga RM375.17 juta, menurutnya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Subsidiari milik penuhnya, Duopharma Marketing Sdn Bhd (DMktg) akan membekal serta menghantar produk itu kepada Kementerian Kesihatan manakala Biocon Sdn Bhd, selaku pengeluar, akan membungkus dan melabelkan produk di bawah perjanjian itu.
Formulasi insulin manusia Biocon akan dibekalkan kepada semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pejabat kesihatan daerah dan klinik kesihatan.
Perjanjian tiga tahun itu bermula pada 29 Apr 2022 hingga 28 Apr 2025. Ia boleh dilanjutkan berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkaitan.
Malaysia mempunyai kira-kira 3.9 juta pesakit kencing manis, dengan 420,000 menggunakan insulin manusia dari hospital dan klinik kerajaan.
DMktg dan Biocon berharap dapat meningkatkan pengurusan diabetes di negara ini dengan menyediakan insulin biosimilar berkualiti tinggi serta kos efektif.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial