JOHOR BAHRU, 6 Okt (Bernama) -- Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8 pagi ini berbanding 22 orang malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada 4 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.
Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial