AM

Banjir: Dua PPS masih dibuka di Kluang, Pontian

07/10/2022 10:12 AM

JOHOR BAHRU, 7 Okt (Bernama) -- Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang dan Pontian masih dibuka dengan menempatkan seramai 29 mangsa banjir, setakat 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) menerusi kenyataan hari ini berkata PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom di Pontian dan SK Sungai Linau di Kluang.

Buat masa ini, SK Seri Anom menempatkan seramai 19 penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

“Sementara itu, SK Sungai Linau menempatkan 10 penduduk dari Kampung Sungai Linau,” menurut kenyataan itu.

Dua PPS berkenaan dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir kilat akibat hujan lebat dan cuaca dilaporkan cerah pagi ini di kedua-dua daerah berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan