KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, menerusi Bajet 2023 mencadangkan supaya Elaun Modal Dipercepatkan (ACA) untuk kelengkapan automasi ditambah baik dengan skop automasinya meliputi adaptasi elemen Industri 4.0.
Kementerian Kewangan (MOF) melalui Lampiran Cukai Bajet 2023 yang dikeluarkan hari ini turut menyarankan agar skop galakan cukai ini diperluas untuk meliputi sektor pertanian dan had perbelanjaan modal bagi kategori satu dan dua, manakala pertanian diselaraskan dan ditingkatkan sehingga RM10 juta.
MOF turut mencadangkan galakan cukai kepada syarikat pengeluar produk farmaseutikal yang akan tamat pada akhir tahun ini dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun sehingga 31 Dis, 2025.
Bagi galakan cukai sedia ada dan status ‘bona fide’ untuk industri pembinaan dan pembaikan kapal (SBSR), MOF mencadangkan ia dilanjutkan untuk tempoh lima tahun sehingga 31 Dis, 2027.
Bagi sektor aeroangkasa, MOF menyarankan pengecualian dan elaun cukai pelaburan yang diberikan kepada syarikat baharu dan sedia ada dilanjutkan setahun lagi tahun sehingga 31 Dis, 2025.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial