EKONOMI

CIMB lantik Effendy Shahul Hamid sebagai CEO Pengguna dan Perbankan Digital Kumpulan baharu

23/11/2022 08:00 PM

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd melantik Effendy Shahul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengguna dan Perbankan Digital Kumpulan, berkuat kuasa 1 Jan, 2023.

Menurut kumpulan perbankan itu dalam kenyataan hari ini, Effendy akan menggantikan Samir Gupta, yang bersara selepas 12 tahun bersama kumpulan itu.

CIMB berkata pelantikan itu akan menyaksikan perniagaan perbankan pengguna dan aset digitalnya berada di bawah bahagian pengguna dan perbankan digital kumpulan yang lebih luas untuk memacu perniagaan pengguna bank itu dan mempercepatkan agenda digitalnya.

CEO Kumpulan Datuk Abdul Rahman Ahmad yakin pelantikan Effendy akan memastikan kumpulan dapat melaksanakan pelan strategik Forward23+.

“Perbankan pengguna dan francais perniagaan digital kami akan memainkan peranan penting dalam mewujudkan nilai untuk pelanggan kami di seluruh ASEAN,” katanya.

Effendy telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kepimpinan kanan di Kumpulan CIMB sejak 18 tahun lepas.

“Terkini, beliau berkhidmat sebagai CEO Aset Digital CIMB dan CEO Kumpulan Touch ‘n Go, anak syarikat milik penuh CIMB sejak Oktober 2020,” menurut CIMB.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan