DUNIA

Itali catat peningkatan kes COVID-19

26/11/2022 11:23 AM

ROM, 26 Nov (Bernama) -- Itali melaporkan satu lagi penularan wabak COVID-19 dengan kadar jangkitan meningkat melebihi 1.0, menurut Institut Kesihatan Negara (ISS) pada Jumaat.

Laporan mingguan ISS mendapati kadar jangkitan virus di seluruh negara melonjak kepada 1.04 dalam tempoh dua minggu dari 2 hingga 15 Nov, peningkatan dramatik daripada 0.88 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, lapor Xinhua.

Di samping itu, jumlah keseluruhan kes sebanyak 388 bagi setiap 100,000 penduduk untuk minggu 18-24 Nov, meningkat daripada 353 bagi setiap 100,000 penduduk berbanding seminggu sebelumnya.

Awal minggu ini, sebuah entiti pemantauan sektor kesihatan Yayasan Gimbe melaporkan berlaku peningkatan dalam jumlah keseluruhan kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi.

Yayasan itu juga memberi amaran mengenai peningkatan semula jangkitan ketika cuaca sejuk.

Itali tidak lagi menguatkuasakan sekatan kesihatan COVID-19 kecuali di hospital, rumah jagaan dan di beberapa kawasan tertentu.

Pihak berkuasa kesihatan masih memberikan vaksin COVID-19 untuk dos penggalak kedua kepada penduduk yang layak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan