KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Barisan kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.
Kunjungan julung kali sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas, turut disertai Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pengarah PDRM.
“Pertemuan yang diadakan hampir dua jam itu membincangkan isu-isu semasa dan taklimat berhubung keselamatan negara,” demikian menurut hantaran di laman rasmi Facebook PDRM.
Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial