LIMA, 3 Dis (Bernama) -- Presiden Peru Pedro Castillo pada Jumaat berkata tiada apa boleh menghalang beliau terus berkhidmat sehingga tempoh penggalnya tamat.
Beliau berkata demikian sehari selepas Kongres Peru mengundi untuk memulakan prosiding pemecatan terhadapnya atas dakwaan "ketidakcekapan moral", lapor Xinhua.
Presiden berkata beliau menyambut baik gesaan untuk berdialog dan "gencatan senjata politik" antara cabang eksekutif dan perundangan Peru yang dibuat dalam laporan awal pegawai dari Pertubuhan Negara-negara Amerika yang melawat negara itu pada 21 hingga 22 Nov.
Berdasarkan undi 73 berbanding 32, Kongres memutuskan untuk memulakan prosiding pemecatan terhadap presiden dengan pengundian dijadual berlangsung pada 7 Dis.
Usul pemecatan itu mesti menerima sekurang-kurangnya 87 undi atau dua pertiga sokongan ahli parlimen untuk membolehkan presiden disingkirkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial