DUNIA

Lima terbunuh, dua cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan di timur China

03/12/2022 04:24 PM

NANJING (China), 3 Dis (Bernama) -- Kebakaran di tapak pembinaan di Bandar Xuzhou, wilayah Jiangsu di timur China, mengorbankan lima orang dan mencederakan dua yang lain, menurut pihak berkuasa tempatan pada Sabtu.

Kebakaran berlaku kira-kira 4.50 petang Jumaat dan api berjaya dipadamkan lima setengah jam kemudian, lapor Xinhua.

Usaha menyelamat yang dijalankan menemukan tujuh orang yang terperangkap di lokasi kebakaran dan dikejarkan ke hospital.

Lima daripadanya meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala dua yang lain cedera ringan.

Kerajaan perbandaran Xuzhou telah menubuhkan pasukan penyiasat bagi menyiasat insiden itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan