KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Peminat badminton tidak menunggu lama untuk mendapatkan tiket Terbuka Malaysia 2023 dengan beberapa kategori tiket hampir habis dijual selepas dibuka untuk jualan hari ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan peminat yang ingin menyaksikan acara “Super 1000” supaya segera membuat pembelian bagi mengelakkan kekecewaan.
“Jualan tiket memang laris sepanjang hari dan BAM menjangkakan trend ini berterusan untuk beberapa hari akan datang. BAM berterima kasih kepada peminat di atas sokongan kuat mereka.” katanya.
Ia berkata mereka yang mahu membeli tiket boleh melakukannya secara dalam talian di https://my.bookmyshow.com/e/PMO23JAN.
Terbuka Malaysia 2023 akan berlangsung dari 10 hingga 15 Jan di Arena Axiata, Bukit Jalil di sini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial