IPOH, 6 Dis (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini hari ini.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi.
"Setibanya di lokasi, seorang kanak-kanak didapati terperangkap di dalam kenderaan Proton Exora yang terkunci ketika ibu mangsa keluar membeli barangan runcit.
"Pihak bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kemudian diserahkan kepada ibu mangsa dan operasi tamat pada 8.20 pagi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial