AM

Mattel perkenal Hot Wheels model Proton Saga

06/12/2022 03:39 PM

BUKIT MERTAJAM, 6 Dis (Bernama) -- Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton bagi mengeluarkan model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc Steve Totzke berkata kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.

“Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.

“Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia,” katanya berucap pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel di sini hari ini.

Menurut Totzke Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta.

Model baharu Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan