KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Anak syarikat Infomina Bhd, Infomina (Thailand) Co Ltd (Infomina TH) menerima perjanjian pembelian daripada The Siam Commercial Bank Public Company Ltd (SCB) bagi menyediakan penyelesaian naik taraf dan transformasi untuk aplikasi perbankan teras SCB pada AS$28.44 juta (RM125.14 juta).
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, Infomina menjelaskan perjanjian itu melibatkan penyediaan aplikasi teknologi dan operasi infrastruktur, perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan di samping menyediakan penyelesaian untuk menambah baik dan melaksanakan gerbang Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi SCBX Group.
Perniagaan SCBX Group meliputi perniagaan perbankan, kewangan pengguna dan perkhidmatan kewangan digital dan teknologi digital kumpulan, tambahnya.
“Ini adalah sejajar dengan strategi SCBX Group untuk berubah melangkaui ekonomi teknologi kewangan (fintech) dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Jan, 2023 hingga 31 Dis, 2025,” jelasnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial