DUNIA

Twitter kehilangan 80 peratus tenaga kerja

21/01/2023 01:09 PM

WASHINGTON, 21 Jan (Bernama) -- Bilangan pekerja Twitter telah berkurangan kira-kira 80 peratus sejak usahawan Elon Musk mengambil alih paltform media sosial itu, lapor Sputnik.

Sebelum Musk memuktamadkan pengambilalihan Twitter bernilai AS$44 bilion pada akhir Oktober 2022, syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja tetapi bilangannya menurun kepada kira-kira 1,300 pekerja. 

Twitter kini mempunyai kurang daripada 550 jurutera sepenuh masa serta pasukan petugas keselamatan termasuk kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa.

Syarikat itu juga mempunyai kira-kira 1,400 pekerja tidak bekerja yang masih dibayar gaji di samping hampir 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti termasuk 40 jurutera. 

Pada Disember, The New York Times melaporkan bahawa Twitter telah berhenti membayar sewa ruang pejabat selama beberapa minggu untuk mengurangkan kos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan