AM

JaPen Perak sasar 1.5 juta penglibatan penduduk

26/02/2023 02:04 PM

IPOH, 26 Feb (Bernama) -- Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak menyasarkan penglibatan seramai 1.5 juta penduduk di negeri ini dalam pelaksanaan program pemasaran maklumat secara bersemuka dan digital bagi tahun ini, selepas mencapai 1.2 juta orang penglibatan pada 2022.

Pengarah Jabatan Penerangan Perak Mohd Rizal Hashim berkata ia mencakupi hampir 60 peratus penduduk yang berjumlah 2.5 juta orang melibatkan pelbagai kaum dan lapisan umur.

"Bagi merealisasikan sasaran ini, JaPen Perak telah mengenal pasti beberapa pendekatan baharu bagi membina jaringan komunikasi dan interaksi dengan kumpulan sasar ke arah pemasaran maklumat yang meluas.

"Antaranya, Program Walkabout Bersama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching di Medan Selera Stadium Perak (hari ini) yang merupakan salah satu pendekatan turun padang bagi mendekatkan pemimpin bersama masyarakat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai program telah disusun tahun ini termasuk Program Info On Wheels, Taklimat Isu-Isu Semasa dan Influencer@Japen serta program-program bersemuka bersama masyarakat setempat.

Katanya JaPen Perak turut berkolaborasi bersama kerajaan negeri dalam menjayakan Jelajah Perak Sejahtera di bawah portfolio Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri.

"Pelaksanaan Wacana Perak Sejahtera 2030 kerjasama dengan Komunikasi Strategik (STRATCOMM) negeri Perak turut dilaksanakan melibatkan kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri," katanya.

  -- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan