SEREMBAN, 8 Mac (Bernama) -- Negeri Sembilan merekodkan 580 kes denggi iaitu peningkatan sebanyak 194.4 peratus bagi tempoh Januari hingga 4 Mac lepas berbanding 197 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S.Veerapan berkata Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 470 kes, Jempol (45), Port Dickson dan Tampin masing-masing 19 kes, Jelebu (15), Rembau (7) dan Kuala Pilah (5).
“Sebanyak 88 kes direkodkan di seluruh negeri untuk minggu kesembilan iaitu dari 26 Feb hingga 4 Mac. Tiada kes kematian dilaporkan pada minggu semasa, menjadikan kumulatif kematian akibat denggi sebanyak satu kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Veerapan jumlah lokaliti wabak yang masih aktif ialah 15 lokaliti iaitu 13 di Seremban dan dua di Jempol.
Beliau sehubungan itu menasihatkan masyarakat supaya membersihkan kawasan masing-masing selama 10 minit setiap minggu dengan menghapuskan tempat atau bekas yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali gus dapat mengekang penularan demam denggi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial