AM

BAZAR JUALAN MADANI KOPERASI DAN USAHAWAN PADA APRIL

09/03/2023 04:34 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) merancang untuk melancarkan Bazar Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan selaras dengan usaha kementerian membantu kerajaan menangani isu kenaikan kos sara hidup.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata bazar berkenaan dijangka dilancarkan pada April ini di Perak sebagai permulaan inisiatif itu.

Mengenai cadangan konsep kedai runcit setempat melalui kerjasama dengan koperasi, beliau berkata sehingga kini penglibatan koperasi dalam aktiviti pemborongan dan peruncitan terus digalakkan dengan 2,581 kedai runcit koperasi dikenali sebagai Coopmart telah beroperasi di seluruh negara.

"Bagi 2021 hingga 2022, rangkaian Coopmart juga terlibat dengan penganjuran Jualan Koperasi Prihatin Rakyat, Jualan Harga Patut Koperasi, Jualan Murah Keluarga Malaysia dan Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa dengan penjimatan harga antara 15 dan 20 peratus daripada harga pasaran dan nilai penjimatan harga itu mencecah RM9.28 juta. 

"Bermula pada Mac 2023, SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) melalui rangkaian Coopmart di daerah akan melaksanakan inisiatif jualan murah koperasi yang menawarkan insentif harga barangan keperluan asas hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran," katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan