DUNIA

Kempen pilihan raya diunjur jana US$3.5 bilion untuk ekonomi Thailand

23/03/2023 03:28 PM

BANGKOK, 23 Mac (Bernama-VNA) -- Kempen sempena pilihan raya Thailand yang akan datang diunjur menjana sehingga 120 bilion THB (US$3.5 bilion) untuk ekonomi, menurut Pusat Unjuran Ekonomi dan Perniagaan  Universiti Dewan Perniagaan Thailand.

Pengarah pusat itu Thanawat Polvichai berkata parti politik sedang giat berkempen untuk mendapatkan undi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada 14 Mei.

"120 bilion THB yang dijana semasa berkempen akan mendorong KDNK Thailand meningkat sebanyak empat peratus pada suku kedua," lapor Agensi Berita Vietnam memetik kenyataan Thanawat.

Beliau berkata ekonomi Thailand dijangka berkembang tiga hingga empat peratus tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Thanawat, peningkatan kos pengeluaran dan inflasi boleh menjejaskan keuntungan dan mudah tunai sektor perniagaan walaupun ekonomi dipercayai meningkat pada separuh kedua tahun ini.

-- BERNAMA-VNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan