SUKAN

KEMENANGAN SULUNG PENANG FC TUNJUK TANDA POSITIF

01/04/2023 09:25 AM

GEORGE TOWN, 1 April (Bernama) -- Kemenangan pertama Penang FC selepas enam perlawanan dalam Liga Super musim ini setelah berjaya menewaskan Perak FC 3-1 menunjukkan petanda positif untuk perlawanan akan datang, kata penolong ketua jurulatih Manzoor Azwira Abd Wahid.

Beliau berkata selepas meraih kemenangan dalam perlawanan di Stadium Bandaraya di sini malam tadi, Harimau Kumbang akan memberikan lebih tumpuan untuk menentang pihak lawan dalam pertembungan seterusnya. 

"Selepas perlawanan malam ini, kami akan fokus pada perlawanan yang akan datang untuk bertemu dengan Kedah Darul Aman FC, satu pasukan yang kuat. Jadi, kami akan cuba mendapatkan mata di Kedah supaya perbezaan mata itu tidak berada pada jurang yang sangat besar," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu, malam tadi.

Manzoor Azwira berkata berbanding perlawanan yang lepas, prestasi anak buahnya kali ini menunjukkan peningkatan.

Harimau Kumbang yang berada di tangga kelapan liga akan bertemu Sang Kenari yang berada di tangga keempat pada 5 April ini, manakala Perak FC yang berada di tangga kesembilan akan berhadapan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang berada di tangga pertama pada 4 April di Stadium Perak.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan