JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Kesan Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023 12:12 AM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad berkata pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya usaha mengesan suspek masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435/324 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan