IPOH, 16 April (Bernama) -- Lima unit kios jualan makanan, Mahasiswa Perak Sejahtera akan diwujudkan Kerajaan Negeri Perak di institusi pengajian tinggi terpilih, menyajikan pelbagai pilihan makanan dengan harga rendah dan berkhasiat untuk pelajar B40 bermula Jun depan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Kotak Global Sdn Bhd (KGSB) sebagai pihak bertanggungjawab melaksanakan projek perintis yang akan dimulakan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar.
"Selepas berjaya dilaksanakan, ia akan diperluaskan ke universiti lain di negeri ini.
Program tersebut juga mampu melahirkan usahawan dalam kalangan belia dan graduan selain menjana peluang pekerjaan di sepanjang rantaian bekalan makanan dan minuman berlandaskan platform digital,"katanya pada sidang media pada program Memorandum Perjanjian (MoA) antara YBUDR dan KGSBdi sini hari ini.
Saarani berkata langkah itu juga bagi menyokong usaha kerajaan ke arah pembayaran tanpa tunai dengan satu platform e-dompet akan diwujudkan untuk diguna pakai oleh pelajar dan graduan di kiosk terbabit.
Pada majlis itu, Saarani menyaksikan pertukaran MoA antara Ketua Pegawai Eksekutif YBUDR Datuk Ismail Safian dengan Ketua Pegawai Eksekutif KGSB Fatima Chan Abdullah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial