AM

Agong, Raja Permaisuri Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Aidilfitri Mbk

29/04/2023 12:04 AM

KUANTAN, 28 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini.

Keberangkatan baginda ke pekarangan Kompleks Bandaraya Kuantan pada 8.35 malam diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri, Datuk Bandar Kuantan Datuk Hamdan Hussin dan ketua-ketua jabatan.

Pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 tetamu itu, Seri Paduka berdua turut berkenan mengurniakan duit raya kepada anak warga kerja MBK.

Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah turut meluangkan masa menyantuni warga kerja MBK dan melawat gerai yang menyediakan pelbagai juadah makanan.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan