KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan RM3.07 juta, menjadikan keseluruhan kos pembinaan rumah ibadat itu berjumlah RM5.77 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.
"Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara semua negeri di negara ini," kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Anwar turut mengulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.
"Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial