AM

Teknologi Dron Mampu Tingkatkan Hasil Pertanian - Arthur

30/04/2023 08:32 PM

KENINGAU, 30 April (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) sedang berusaha membangunkan ekosistem pengaplikasian teknologi dron dalam bidang pertanian bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan petani dan peladang.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata penggunaan teknologi dron mampu membantu meningkatkan hasil pertanian, mengurangkan kebergantungan pekerja asing serta memberi peluang pekerjaan kepada para petani, terutama di kawasan luar bandar.

“Kajian menunjukkan penggunaan dron dalam sektor pertanian dapat memberikan maklumat tepat kepada petani dalam penggunaan racun dan baja serta status kesihatan tanaman.

“Ini membolehkan peningkatan produktiviti tanaman sekitar 30 peratus dan pengurangan kos operasi sebanyak 20 peratus dan sekaligus menyumbang kepada peningkatan pendapatan para pekebun,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) mempunyai potensi sangat besar yang dapat menawarkan penyelesaian terbaik, termasuklah dalam sektor pertanian dan perladangan.

Kerajaan melalui MOSTI komited menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan bagi mengadaptasikan teknologi penyelesaian yang memberi impak berkesan dalam memastikan sekuriti bekalan makanan terjamin dengan kos berpatutan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan