AM

KEMATIAN KANAK-KANAK LELAKI DI KLUANG BUKAN DISEBABKAN STROK HABA - JKNJ

02/05/2023 11:53 PM

JOHOR BAHRU, 2 Mei (Bernama) -- Kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di Kluang semalam bukan disebabkan strok haba.

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata punca kematian kanak-kanak berkenaan disahkan akibat Renjatan Septik sekunder kepada Meningoencephalitis (Septic Shock secondary to Meningoencephalitis).

"Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana mengalami sawan selepas demam panas sehari sebelum dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), malam ini.

Beliau berkata JKNJ merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Terdahulu, media melaporkan bapa kanak-kanak berkenaan mendakwa anaknya meninggal dunia kira-kira 7 pagi semalam disebabkan strok haba.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan