JENAYAH & MAHKAMAH

Mazli Dilantik Ketua Polis Terengganu Yang Baharu

03/05/2023 12:51 PM

KUALA TERENGGANU, 3 Mei (Bernama) -- Bekas Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Mazli Mazlan dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Mazli yang merupakan Ketua Polis Terengganu ke-31 mengambil alih tugas itu daripada Datuk Rohaimi Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini, hari ini. 

Mazli ketika ditemui media berkata beliau akan meneruskan segala strategi yang dirancang kepimpinan terdahulu dalam memastikan indeks jenayah di negeri itu kekal rendah sekali gus memberi impak besar kepada rakyatnya.

"Saya juga akan mencari pendekatan lebih tersusun dan agresif termasuk melipatgandakan kekuatan penguatkuasaan dalam usaha membendung kadar kemalangan di negeri ini," katanya.

Mazli merupakan antara 61 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran jawatan seperti diumum Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan