KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Berikut penafian berita tular di media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.
Menteri KKD Fahmi Fadzil menafikan terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah termasuk mempromosikannya seperti poster yang tular di media sosial.
Fahmi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mempromosikan mana-mana skim pelaburan di samping telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan iklan palsu dan pelaburan yang berunsurkan penipuan dalam talian menerusi portal aduan di pautan https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial