AM

Mb Kedah Ditahan Kira-kira 3 Pagi Di Ibu Negara

18/07/2023 10:11 AM

ALOR SETAR, 18 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan polis di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara awal pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan pegawai menteri besar itu Helmi Khalid menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebooknya hari ini.

Menurut catatan kronologi dalam video yang dikongsikan itu, pintu bilik Muhammad Sanusi diketuk oleh anggota polis pada 2.30 pagi sebelum Menteri Besar Kedah berkenaan dibawa keluar dari bilik penginapannya pukul 3 pagi.

Muhammad Sanusi kemudian diarah menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan di bawah Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948.

Video sama juga dikongsikan oleh pentadbir akaun Facebook Muhammad Sanusi menerusi laman Facebook penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu.

Muhammad Sanusi tiba di Mahkamah Sesyen Selayang pada 8.57 pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berhubung kenyataan beliau yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan