JENAYAH & MAHKAMAH

Ancaman Bom: Aeon Mall Klebang Dikosongkan

23/08/2023 08:47 PM

IPOH, 23 Ogos (Bernama) -- Bangunan membeli-belah Aeon Mall Klebang di sini dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom. 

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.

Beliau berkata panggilan ancaman telah diterima oleh pekerja premis itu petang tadi. 

Menurut seorang pekerja yang dikenali sebagai Aishah, 20, pada kira-kira 5.30 petang, loceng amaran dibunyikan dan para pekerja serta pelanggan diarah keluar dari bangunan empat tingkat itu. 

Katanya polis bantuan turut memaklumkan operasi pusat beli-belah itu akan dihentikan hari ini. 

Tinjauan Bernama mendapati Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian. 

Bangunan itu juga didapati telah dikosongkan. 

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan