AM

Pelajar Tahfiz Hadir Konsert : Individu Jelaskan Kerajaan, Kfc Tidak Terlibat

29/08/2023 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang individu hari ini tampil menjelaskan bahawa kerajaan dan KFC, tidak terlibat sama sekali dengan jemputan dan kehadiran pelajar tahfiz di Kepci Muzik Festival di Shah Alam, bersempena sambutan 50 tahun KFC pada Sabtu lepas.

Andrie Ung Han Xiang yang mengaku bertanggungjawab membawa pelajar tahfiz menghadiri konsert itu,  berkata kedua-dua pihak iaitu KFC dan kerajaan juga tidak diberi sebarang makluman mengenai hal itu.

“Inisiatif ini sepenuhnya daripada pihak saya, yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan, untuk merasai pengalaman menghadiri festival tersebut dan diraikan bersama-sama.

“Saya dengan bantuan dan sumbangan dari rakan-rakan, telah berjaya mengumpulkan seramai 700 orang anak yatim dari 22 buah rumah anak yatim seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ung berkata kanak-kanak yang ditularkan memakai jubah hijau dan berserban putih itu dari Madrasah Watahfiz al-Quran Rohingya TTDI Jaya. Mereka anak-anak pelarian Rohingya beragama Islam dan hampir tidak tahu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu.

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert itu. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan