JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Mohon Bantuan Kesan Pelajar Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang

08/12/2023 02:43 PM

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam. 

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi kali terakhir berada di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 12.30 tengah malam, semalam. 

“Polis menerima laporan kehilangan pelajar berkenaan pada 1.21 tengah hari, Khamis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan supaya tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050 atau 5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan