JENAYAH & MAHKAMAH

Gaduh: Polis Tahan Enam Lelaki Termasuk Seorang Pemerhati Politik

11/12/2023 04:54 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemerhati politik, yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Taman Midah, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata semua suspek yang berumur 30 hingga 40 tahun itu ditahan di sekitar Cheras kira-kira pukul 9 malam hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan itu disebabkan rasa tidak puas hati berkaitan satu hantaran yang dimuat naik di media sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku semasa seorang lelaki sedang makan di restoran berkenaan bersama dua rakan lain pada kira-kira pukul 4 pagi, apabila secara tiba-tiba, muncul enam lelaki yang terus membaling kerusi ke arah mereka, sebelum beredar.

Zam Halim berkata kesemua suspek direman hingga esok, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan