AM

'langkah Dubai' Tidak Beri Kesan Kepada Pentadbiran - Pm Anwar

02/01/2024 03:30 PM

PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau maklum mengenai 'Langkah Dubai', namun baginya gerakan yang dikatakan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan itu tidak langsung memberi kesan kepada pentadbirannya.

Beliau berkata tumpuan kerajaan pimpinannya sekarang adalah soal kerja dalam membangunkan negara dan menjaga rakyat.

"Saya baca mengenai Langkah Dubai, tapi bagi saya kita tumpu soal kerja. Itu kerja mereka bagi saya tidak mengesankan.

"Yang penting, kita dah mula 2 Januari melancarkan satu program penting (Pangkalan Data Utama - PADU) bagi rakyat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis peluncuran PADU di sini hari ini.

Sabtu lepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa 'Langkah Dubai' timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang termasuk dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan