JOHOR BAHRU, 2 Jan (Bernama) -- Banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir beroperasi di daerah Segamat, ditutup petang ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga itu ditutup pada 5 petang.
Bagaimanapun, menurut jawatankuasa itu, Jalan Kampung Orang Asli Peta di Mersing masih terputus hubungan.
“Laluan alternatif yang boleh digunakan adalah melalui Ladang Mutiara-Paloh,” menurut jawatankuasa itu.
Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Dis lepas dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 mangsa daripada 39 keluarga.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial