JENAYAH & MAHKAMAH

Lebih 160,000 Akaun Bank, Nombor Telefon 'scammer' Tersenarai Dalam Semakmule Jsjk

04/01/2024 07:03 PM

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Sebanyak 160,095 akaun bank dan nombor telefon yang berkaitan dengan 'scammer’ atau penipuan telah tersenarai dalam pangkalan data Sistem SemakMule Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sejak sistem berkenaan dibangunkan pada 2018, portal bertujuan membantu masyarakat menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang diragui itu telah dilawati sebanyak 24 juta kali dengan jumlah carian mencecah 21 juta.

"Daripada jumlah carian itu, sejumlah 1.5 juta pengguna percaya carian telah memberikan jawapan positif dan JSJK percaya, maklum balas berkenaan telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka daripada dipindahkan ke akaun ‘scammer’.

“Masyarakat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan ini untuk mengelak kerugian wang ringgit mereka,” katanya pada sidang media khas JSJK di sini hari ini.

Ramli berkata selain itu, portal SemakMule juga telah memenangi tempat kedua dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

"Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada polis khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

SemakMule adalah platform untuk orang ramai membuat semakan akaun bank dan nombor telefon yang digunakan untuk kes-kes jenayah komersial.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan