KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Seorang wanita berusia 44 tahun ditahan polis kerana disyaki menyalahgunakan kad debit seorang penjawat awam di sekitar Desa Petaling, di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata wanita itu ditahan pada 7.45 malam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Brickfields.
Beliau berkata polis mengesan satu kenyataan di Facebook yang dikeluarkan seorang lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit.
“Hasil semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran daripada akaun miliknya pada 24 hingga 25 Dis lepas tanpa pengetahuan mangsa melibatkan kerugian RM4,400,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Amihizam berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial