AM

Lelaki Hilang Di Empangan Chenderoh Ditemukan Lemas

21/01/2024 12:23 PM

KUALA KANGSAR, 21 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas apabila bot dinaikinya karam di Empangan Chenderoh, di Kampung Chenderoh, di sini ditemukan lemas hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata mayat Muhammad Khairul Rusydan, 30, ditemukan terapung oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM pada 8.37 pagi tadi.

“Mayat ditemukan pada jarak kira-kira 500 meter dari Pusat Kawalan Bomba yang didirikan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

 Muhammad Khairul sebelum ini dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama seorang rakannya karam akibat dibadai ribut kira-kira 5.30 petang, Jumaat.

Rakannya, bagaimanapun sempat diselamatkan pemancing yang berada di lokasi berhampiran kejadian. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan