JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Perak Berkas Suspek Terlibat 20 Kes Samun Di Atm

23/02/2024 12:51 AM

IPOH, 22 Feb (Bernama) -- Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun yang berlaku di sekitar bandar raya ini. 

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan. 

"Dengan tertangkapnya suspek ini kita telah berjaya menyelesaikan 20 kes samun di mesin ATM sekitar bandar raya Ipoh sejak Januari tahun lepas. 

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh esok," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata suspek aktif melakukan jenayah samun secara sendirian dan menyasarkan pelanggan yang sedang mengeluarkan wang di ATM.  

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan meningkatkan keselamatan diri khususnya ketika mengeluarkan wang daripada mesin ATM. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan