JENAYAH & MAHKAMAH

Jpj P. pinang Keluar 384 Saman Dalam Operasi Bersepadu

23/02/2024 05:32 PM

BUKIT MERTAJAM, 23 Feb (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan sebanyak 384 saman terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan dalam dua operasi bersepadu yang dijalankan di negeri ini, semalam.

JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam operasi Jalan Tengah, Bayan Baru dekat sini,  sebanyak 214 saman dikeluarkan kerana tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, lesen kenderaan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan pelbagai lagi ksalahan.

"Dalam operasi itu, pihak JPJ Pulau Pinang turut menyita sebanyak 14 buah motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan  tiada lesen memandu dan lesen kenderaan tamat tempoh," katanya.

JPJ Pulau Pinang turut menjalankan operasi bersepadu di Plaza Tol Juru arah Utara bersama polis, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Dalam operasi tersebut sebanyak 170 notis dikeluarkan oleh JPJ, 14 buah kenderaan diuji oleh JAS dan empat pemandu serta penunggang dikesan positif dadah jenis ganja oleh pihak AADK," katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan