JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Disaman, Disiasat Kerana Benarkan Remaja Pandu Kereta

24/02/2024 01:23 PM

JOHOR BAHRU, 24 Feb (Bernama) -- Polis telah mengeluakan saman terhadap seorang lelaki tempatan kerana membenarkan seorang remaja berumur 13 tahun memandu sebuah kereta dalam kejadian di Taman Permainan Taman Daya di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja itu memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata lelaki berkenaan yang merupakan anak kepada pengasuh remaja itu disaman bagi kesalahan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan.

Menurutnya selain disaman lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal, dan jika disabitkan dengan kesalahan ia boleh membawa hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan