AM

Lorong Tengah, Kanan Km8-km7 Jambatan P.pinang Ditutup Malam Sabtu Hingga Pagi Ahad Ini

29/02/2024 01:25 PM

GEORGE TOWN, 29 Feb (Bernama) -- PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup lorong tengah dan kanan di Kilometer (KM) 8 hingga KM 7 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, bermula malam Sabtu hingga Ahad ini.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.

"PLUS menasihatkan pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong tengah dan kanan di jambatan tersebut.

"Pengguna dinasihatkan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini dan mereka juga diminta mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh petugas ketika melalui kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Chatbot PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Aplikasi PLUS, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan