AM

Prubsn Warisangold Beri Perlindungan Mampu Milik Untuk Keluarga

29/02/2024 10:43 PM

KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) -- Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) melancarkan PruBSN WarisanGold satu pelan warisan inovatif dirumus untuk melindungi keluarga daripada terkesan risiko kewangan dan situasi yang tidak terduga.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata PruBSN WarisanGold membuktikan komitmen pihaknya untuk melindungi rakyat Malaysia. 

“Pelan yang ditambah baik ini merupakan siri yang ketiga bagi solusi takaful PruBSN Warisan yang telah dilancarkan sejak 2016. 

“Sehingga 2023, kami telah dan akan terus melindungi lebih daripada 200,000 individu, dengan nilai jumlah perlindungan sebanyak RM84 bilion,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pelancaran PruBSN WarisanGold  di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga hari ini, jumlah tuntutan yang diluluskan bagi perlindungan tersebut telah mencecah lebih daripada RM160 juta.

“Dengan keadaan semasa, yang rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kerisauan, adalah amat penting bagi kita untuk mengamalkan strategi kewangan yang sesuai. 

“PruBSN WarisanGold mencerminkan komitmen kami untuk membantu memupuk daya tahan kewangan, memberikan pelanggan kami masa depan yang lebih terjamin dan tenang untuk diri mereka dan juga insan tersayang,” katanya.

Wan Saifulrizal berkata antara tawaran menarik yang diberikan dalam pelan berkenaan adalah perlindungan tinggi yang mampu milik bagi kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) bermula daripada RM350,000 manakala RM250,000 bagi kanak-kanak.

“Perlindungan kematian akibat kemalangan sehingga 600 peratus daripada jumlah perlindungan asas, manfaat khas untuk meningkatkan nilai warisan mereka dengan Protection Enhancer bagi peningkatan perlindungan automatik sehingga 15 peratus, Legacy Booster berserta Legacy Bonus untuk memaksimumkan nilai tunai yang akan diperoleh setiap tahun. 

“Di samping perlindungan hayat yang tinggi, keluarga calon atau penuntut juga akan menerima bantuan kewangan segera dengan manfaat khairat sebanyak RM3,000 serta manfaat badal haji sebanyak RM3,000,” katanya.

Beliau berkata PruBSN WarisanGold menyasarkan segmen pasaran yang lebih luas termasuk keluarga muda dan matang yang mencari produk perlindungan terbaik. 

“Dengan tawaran Hibah Takaful yang inovatif, pelan ini memastikan dalam situasi yang sukar, waris mereka dapat menghadapi cabaran kehidupan dengan kedudukan kewangan yang terjamin,” katanya. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan