JOHOR BAHRU, 22 Mac (Bernama) -- Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat tampil memberikan sumbangan bagi menyokong usaha yayasan membantu golongan memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Anizam Jamian berkata YSIJ sentiasa berperanan aktif membantu golongan memerlukan.
"YSIJ seiring dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim (yang) sentiasa berperanan aktif membantu rakyat tanpa mengira agama dan bangsa," katanya dalam satu hantaran dimuat naik menerusi akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Dalam hantaran itu, Mohd Anizam mewakili YSIJ menerima sumbangan RM100,000 daripada SWM Environment Sdn Bhd yang disampaikan Pengurus Besar Korporatnya Mohd Norlisam Mohd Nordin di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Tinggi semalam (21 Mac).
Mewakili YSIJ, Mohd Anizam melahirkan penghargaan terhadap sumbangan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial