AM

Swm Environment Tumpu 175 Lokasi Pada Aidilfitri

28/03/2024 02:17 PM

JOHOR BAHRU, 28 Mac (Bernama) -- Syarikat pengurusan sisa pepejal SWM Environment akan memberikan tumpuan khas di 175 lokasi dikenal pasti di negeri ini dalam usaha mengelakkan longgokan sampah tidak terkawal semasa sambutan Aidilfitri.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin dalam kenyataan berkata antara lokasi terbabit ialah pusat bandar, jalan utama dan beberapa kawasan perumahan.

“Sekitar 20 peratus daripada keseluruhan anggota SWM Environment akan bertugas sempena hari cuti umum tersebut,” katanya.

Beliau berkata jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal di 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dianjakkan lebih awal bermula 6 April hingga 9 April dengan 4,500 anggota dan 580 jentera terlibat dalam mengawal limpahan sampah menjelang perayaan itu.

“SWM Environment turut memohon kerjasama daripada penduduk di kawasan perumahan untuk tidak meletakkan sebarang halangan seperti kenderaan di sepanjang laluan atau berhampiran tong sampah bagi memastikan kelancaran operasi kutipan sisa pepejal sepanjang tempoh anjakan jadual tersebut,” katanya.

Strategi anjakan itu katanya turut bertujuan memberi peluang kepada majoriti anggota SWM Environment yang beragama Islam untuk berhari raya bersama keluarga.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan