KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, pada jam 12 tengah hari esok.
Menerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata beliau juga akan menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di masjid berkenaan.
“Ayuh kita bersua dan merapatkan silaturahim antara satu sama lain dalam menyambut kemeriahan bulan Syawal ini,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial