AM

60 Pelajar B40 Di Tuaran Terima Bantuan Awal Pengajian Daripada Yayasan Bank Rakyat

17/04/2024 02:53 PM

TUARAN, 17 April (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tuaran menyalurkan RM30,000 sebagai bantuan awal pengajian kepada pelajar yang tidak berkemampuan untuk menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

YBR menerusi kenyataan memaklumkan seramai 60 pelajar dalam kalangan keluarga B40 di daerah itu menerima bantuan berkenaan pada majlis penyerahan di sini hari ini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

“Bantuan kewangan itu sebagai permulaan memulakan semester atau menyediakan peralatan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian,” menurut kenyataan itu.

Madius turut berterima kasih kepada YBR atas bantuan buat kali kedua berturut-turut dan berharap usaha itu dapat dikekalkan kerana masih ramai yang memerlukan bantuan dalam pendidikan.

Pengerusi YBR Datuk Phillip Benedict Lasimbang pula berkata bantuan tunai itu merupakan inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. 

Menurut kenyataan itu, pada tahun lepas sebanyak 3,580 pelajar di seluruh negara telah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan peruntukan berjumlah RM2.29 juta.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan