SUKAN

CUACA PANAS: JBS KELANTAN TIADA MASALAH ANJUR PROGRAM LARIAN LEBARAN

17/04/2024 09:12 PM

KOTA BHARU, 17 April (Bernama) -- Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan tidak mempunyai sebarang masalah berhubung penganjuran Program Larian Lebaran dan Gateh Lebaran 2024 yang bakal berlangsung dari 1 hingga 3 Mei depan walaupun negeri itu berdepan musim kemarau serta cuaca panas.

Pengarahnya Mohd Saipuddin Zakaria berkata ini kerana kedua-dua acara dimulakan seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir dalam tempoh sejam bertempat di AEON Mall Lembah Sireh di sini.

Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang masalah akibat cuaca, segala persiapan telah dibuat termasuk bantuan membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

“Kita percaya acara yang dianjurkan pada awal pagi ini tidak akan menimbulkan masalah besar kepada peserta.

"JBS turut bekerjasama dengan tujuh agensi lain dan yakin program ini akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Bernama selepas Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Program Karnival Lebaran 2024 di Kompleks Belia dan Sukan di sini hari ini.

Program itu dijangka dirasmikan bersama oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Zamakhshari Muhamad serta Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan Muhd Nor Aswadi Md Nor.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan