AM

TIADA KEPERLUAN PEMINDAHAN PULANG RAKYAT MALAYSIA, KEADAAN STABIL DI TIMUR TENGAH

17/04/2024 09:22 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kementerian Luar berkata tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia termasuk pelajar di Timur Tengah pada ketika ini memandangkan keadaan yang stabil dan dianggap selamat untuk dilawati. 

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Rabu berkata ia akan terus memantau perkembangan di rantau itu dari semasa ke semasa dan telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dapat diambil sekiranya menghadapi situasi kecemasan.

“Sehingga 17 April, situasi di kawasan tersebut kekal stabil dan dianggap selamat untuk dilawati. 

“Kementerian Luar kekal komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara dan kementerian akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai situasi di Timur Tengah dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga menggesa semua rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke kawasan tersebut untuk tetap berwaspada dan terus mengikuti perkembangan situasi semasa.

“Adalah penting untuk mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara-negara yang terlibat. 

“Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan. Ini akan memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan,” menurut Kementerian Luar.

Butiran maklumat Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara yang terjejas adalah seperti berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran: No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb, nombor telefon:+98 21 880724444 / +98 21 88078606 atau E-mel: mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com 

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan: No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan atau nombor telefon:+962 6590 2400 / +962 78590 2400 atau E-mel: mwamman@kln.gov.my / amm.uhep@kln.gov.my

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan: Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon, atau nombor telefon: +961 71 380 063 / +961 7677 2527 atau E-mel: mwbeirut@kln.gov.my 

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, Al Jadria, Baghdad, Iraq atau nombor telefon: +964 786 497 0086 / +964 786 497 0087 atau E-mel: mwbaghdad@kln.gov.my

Pada Sabtu, Iran melakukan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel sebagai tindak balas kepada pencerobohan Tel Aviv ke atas konsulatnya di Syria awal bulan ini. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan